Popular Books
https://www.sinarharian.com.my/article/122411/KHAS/Sinar-Rasuah-Buster/ABMS-senjata-perangi-rasuah

INDEKS Persepsi Rasuah (CPI) 2020 oleh Transparency International (TI) yang dinanti-nantikan saban tahun telahpun diumumkan.Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai salah 
satu agensi peneraju yang dipertanggungjawabkan dalam Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP) kekal dengan pendirian bahawa masih banyak yang perlu dan boleh 
dilakukan dalam menangani isu rasuah.Mempersoalkan kredibiliti bagaimana kajian dalam menentukan skor CPI dijalankan sama sekali tidak akan mengubah realiti rasuah di 
negara kita.angan takut untuk menegur atau melapor jenayah rasuah berlaku di hadapan kita malahan terus membuat aduan ke peringkat yang lebih tinggi jika ada pihak yang 
menutup mata.Ketua-ketua organisasi yang menjadi tulang belakang negara pula harus sentiasa peka dan tegas berpendirian teguh dalam menangani rasuah di organisasi 
masing-masing dan janganlah menjadi lalang apabila berdepan dengan pihak-pihak tertentu apabila rasuah berlaku.
Kini modus operandi jenayah rasuah dan salah guna kuasa semakin kompleks dan boleh dikatakan mengalami evolusi. Lihat sahaja kes-kes jenayah berprofil tinggi di negara kita, 
tidak dinafikan ‘mereka’ semakin bijak dalam merencanakan perbuatan jenayah ini.
Oleh itu, kaedah memerangi rasuah juga perlulah lebih taktikal dan sistematik. Sesi ceramah dan kempen kesedaran sudah tidak memadai.
Lihat sahaja CPI negara, masih belum pernah berada dalam kelompok 30 ke atas seperti yang disasarkan dalam Pelan Antirasuah Nasional (PIN). Kita tidak boleh lagi terus 
melakukan perkara sama sekiranya inginkan pencapaian yang berbeza.